Tuesday, December 9, 2008

Bertunang dgn KEMATIAN

“Saya telah bertunang. saya telah bertunang dengan KEMATIAN. Dan saya tidak tahu bila si dia akan mengahwini saya”.

Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah kita tidak menyedari bahawa hari-hari yang kita telah lewati makin menghampirkan kita pada kematian seperti orang lain ? Makin meningkat umur kita, makin singkat usia kita.

 

Saya teringat satu ayat alQuran yang bermaksud, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan  mati. Kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan”. (QS 29:57). Maknanya, tiap-tiap manusia yang hidup akan menghadapi kematian jua, setiap orang !

 

Cuba kita renungkan seorang bayi yang baru lahir dan seorang yang sedang menghadapi sakaratul maut, kedua-dua mereka tidak punyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberi nafas atau untuk mengambilnya kembali.

 

Bilamana sampai saat seseorang itu ingin meninggal, maka dia tidak boleh untuk mempercepat atau melambatkan kematiannya walau sesaat atau kadar lebih cepat dari itu. Allah menjelaskan dalam alQuran, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahiu yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS, 62:8)

 

Kebanyakan manusia ingin mengelakkan dari berfikir tentang kematian. Mereka menyibukkan diri mereka dengan hal-hal keduniaan seperti : apa yang mereka mahu makan hari ini, baju apa yang perlu dipakai untuk majlis makan, apa rancangan televisyen yang menarik waktu malam dan sebagainya. Mereka berasa tidak nyaman bila berbicara tentang kematian. Ramai juga yang beranggapan bahawa kematian akan menyambut mereka setelah mereka tua. Ahh dungu !

 

Tidak ada seorang pun yang tahu mereka akan mati bila. Siapa sangka malaikat maut sedang meleretkan matanya ke arah anda sekarang ! Anda tidak boleh menjamin bahawa anda akan hidup dalam sejam berikutnya. Bahkan siapa sangka anda akan mati dalam keadaan yang macamana. Mungkin dalam keadaan yang berlumuran darah, pecah kepala, mati dalam kemalangan, husnul khotimah (insyaAllah) dan sebagainya. Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat umum di pejabatnya juga berpikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda selesai membacanya atau bahkan kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahawa saat ini belum waktunya mati karena masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

 

Kita seringkali melihat orang lain mati dan diusung dalam keranda dan dibawa ke pusaran. Tetapi berama ramai antara kita yang memikirkan tentang ketika hari orang melihat kita mati dan mengusung kita ke pusaran ? Seseorang tidak dapat mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya.

 

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.

Bertaubatlah wahai insan selagimana pintu taubat masih terbuka luas untukmu. Kesali dosa-dosamu yang telah kamu lakukan. Jangan nyawa sampai ke kerongkong baru mahu bertaubat. Kerana pada masa itu, pintu taubat telah tertutup buatmu.

Maafkan dosa-dosa yang telah aku lakukan pada kamu semua. Kiranya hayatku tercerai dari badan, aku mohon halalkan segala makan minumku.

Pesanan dari Sayap Tarbiyah Institusi Usrah Kampus Melaka.

“Usrah is the Nucleus of Da’wah”

Nik Muhammad Amin bin Nik Muhammad Kamil

Posted by sYahEed at 12:43:59 | Permalink | Comments (1) »

Jangan Merajuk Wahai Da’ie!

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa…

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan…

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya


Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:


“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
“Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya”

(Al-Furqan:56- 57)


Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:


“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”
(Al-Anbiyaa’ :87)


Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

“dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”
[3:139]

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan…


sumber: bahantarbiyyah. info

Posted by sYahEed at 12:26:33 | Permalink | Comments (1) »

Saturday, July 5, 2008

Tudungi Diri & Tudungi Hati~

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang
gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka
berkelakuanseperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,
perkembangan tingkahlakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini
menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan
guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah
meminta adik memakai tudung.

Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku
pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa,
adik berkata dengan suara yang agak keras, “cuba mama tengok,
jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya
sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat
sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend
diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak
pernah buat macam tu!”

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.
Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.
Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan annisa
dengan hukumMu”.

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai
isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang
menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,
“abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan
tuli?”

Lalu saya menjawab sambil lewa, “kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri” Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata
saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah
mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat
lesi……entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh……. lengan panjang pula tu…saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana
saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah
seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah…
saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya
dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur’annya, solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati
saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga
ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di
beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan….. saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya.. ……dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik
boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya”..air mata ini tak dapat
ditahan lagi…

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya
sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai…hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu
khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami
itu. Butirannya
seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

> Annisa: aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari “mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik”

> Isteri jiranku: Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati

> Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

> Isteri jiranku: Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

> Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah
kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..
pendapat mak cik bagaimana?

> Isteri jiranku: annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

> Annisa: tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

> Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

> Annisa: apakah hakikat tudung ?

> Isteri jiranku: Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia
sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang
berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang
tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan
untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain
Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan
menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

> Annisa: mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung…
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat
semua tu?

> Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia
ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT
murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak
berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar ,
Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung… . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu “buta , tuli dan bisu..
wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang
dosa dan sia sia”

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita
semua. Wassalam…

Posted by sYahEed at 01:41:52 | Permalink | Comments (3)

Tuesday, April 8, 2008

Nafsu Puas tapi Jiwa Merana!




Engkau lepaskan kehendak nafsumu

Engkau rasa puas tapi ingat jiwamu tetap tidak puas

Hatimu tetap gelisah dan parah

Kerana hati tidak berbohong, bahkan tidak tahu berdusta

Mulut boleh berbohong, sikap kita boleh berpura-pura

Kita boleh berlagak macam orang tidak ada apa-apa masalah demi menjaga
wibawa

Tapi hatimu tidak boleh berpura-pura

Jiwamu tidak boleh berlagak macam orang tidak ada masalah

Masalah tetap tersimpan di dalam lubuk hatimu

Engkau tidak boleh melupakannya

Sebagai contoh, untuk memuaskan nafsu engkau maki ibumu

Tapi hatimu menjerit melolong merasa bersalah

Engkau tempeleng isterimu untuk memuaskan hati

Memuaskan hati itu istilah sahaja

Hatimu tetap menjerit kerana kesalahan itu

Engkau kata dan hina gurumu

Untuk memuaskan nafsu

Engkau rasa nafsu puas

Tapi jiwamu menjerit, jiwamu menderita, hatimu menangis

Hati tidak boleh berbohong

Hati tidak pandai berlakon dan berdusta

Kalau yang betul dia tetap terasa betul

Yang salah tetap dia terasa bersalah

Hati satu-satunya anggota yang tidak boleh menyorokkan hakikat kebenaran

Akhirnya engkau menderita dengan kesalahan engkau sendiri

Walaupun luarnya semua engkau boleh berlakon menutup-nutupnya

Posted by sYahEed at 13:08:31 | Permalink | Comments (1) »

Monday, December 3, 2007

Muawiyah : Pemerintah Yang Cemerlang~

Pernah seorang lelaki bertanya kepada al-Mu’afi bin Imran RHM:

 

“Wahai Abu Mas’ud (gelaran al-Mu’afi)! Bagaimanakah kedudukan Umar Abdul Aziz berbanding Muawiah bin Abu Sufyan?” al-Mu’afi menjadi amat marah mendengar soalan tersebut, lantas menjawab: ” Para sahabat Rasulullah SAW tidak dapat dibandingkan dengan sesiapa jua. Muawiah adalah seorang sahabat Rasulullah SAW, ipar baginda, jurutulis baginda dan kepercayaan baginda dalam menulis wahyu Allah.” (diriwayatkan oleh al-Imam al-Khatib al-Baghdadi (463H) di dalam Tarikh Madinah al-Salam (diteliti oleh Basyar `Awwad Ma’ruf, Dar al-Gharb al-Islami, 2001), jld 1, ms 577)

 

Muawiah juga memiliki satu keutamaan yang khusus, iaitu beliau memiliki cirri-ciri kepimpinan yang amat baik. Di atas cirri-ciri inilah beliau dapat memerintah negara Islam pada zamannya dengan penuh kecemerlangan, keadilan, kemakmuran dan kekuatan. Ciri-ciri ini dipersaksikan oleh para sahabat yang lain. Di antaranya ialah Abdullah ibn Abbas RA di mana beliau pernah berkata:

 

 Belum pernah aku melihat orang yang lebih istimewa dalam pemerintahannya selain Muawiah.” (diriwayatkan oleh al-Imam `Abdul Razzaq (211H) di dalam al-Musannad (diteliti oleh Habib al-Rahman al-`Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut , 1983), riwayat no:20985).

 

Abdullah ibn Umar RA turut berkata:

 

“Tidak pernah aku melihat seorang jua selepas Rasulullah SAW yang lebih bijak kepimpinannya selain Muawiah.” Orang bertanya: “Tidak juga Abu Bakar as-Siddiq?” Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Abu Bakar as-Siddiq akan tetapi Abu Bakar adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain). Orang bertanya lagi: “Tidak juga Umar?” Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Umar akan tetapi Umar adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain).” (diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Asakir (571H) di dalam Tarikh Dimashq al-Kubra (diteliti oleh `Ali `Asyur; Dar al-Ihya al-Turath al-`Arabi, Beirut , 2001), jld 62, ms 120)

 

Qabishah bin Jabir RHM berkata: “Belum pernah aku melihat orang yang lebih agung kesantunannya, lebih besar kemuliaannya dan lebih lemah lembut pemerintahannya melainkan Muawiah.” (Tarikh Dimashq al-Kubra, jld 62, ms 119)

 

Terdapat banyak keterangan daripada para sahabat dan para tokoh daripada zaman selepas sahabat berkenaan kecemerlangan pemerintahan Muawiah, sehingga berkata Syaikh Muhib al-Din al-Khatib RHM:

 

” Di antara perkara yang perlu dikaji berkenaan sejarah Arab dan Islam adalah untuk mengetahui bahawa Muawiah mempelopori kepimpinan kepanglimaan dan pembentukan hukum.” (catatan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms 211)

 

Mengenali kecemerlangan pemerintahan Muawiah adalah penting kerana ia membentuk dasar kepada pengajian kita tentang sejarah pemerintahan beliau. Sebelum ini kebanyakan umat Islam hanya mengenali Muawiah sebagai seorang yang jahat lagi tercela, hasil daripada pengaruh Syiah. Semua ini menyebabkan mereka membaca sejarah pemerintahan beliau dengan mindset yang negatif. Kini, kita akan mengkaji semula sejarah pemerintahan beliau dengan mindset yang positif.

Posted by sYahEed at 08:50:17 | Permalink | Comments (1) »

Tuesday, November 13, 2007

Mawar Oh Mawar~

Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda yang mempunyai tunas mawar. Ia
ingin sekali menanam mawar itu di kebun di belakang rumahnya.
Bergegas, disiapkannya pasu kecil tempat mawar itu akan tumbuh
berkembang. Dipilihnya pasu yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di
sudut yang cukup mendapat sinar matahari. Ia berharap, tunas ini
dapat tumbuh dengan sempurna.

Disiraminya bibit mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dirawatnya
pohon itu. Tak lupa, jika ada rumput yang mengganggu, segera
dicabutnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu
kemudian, mulailah tumbuh kuncup bunga itu. Kelopaknya nampak mulai
merekah, walau warnanya belum terlihat sempurna. Pemuda ini pun
gembira, kerja kerasnya mulai membuahkan hasil.

Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Ia nampak hairan sebab
tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Ia
kesal mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya
bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan
mawar-mawar miliknya.

Sang pemuda berkata dalam hati, “Mengapa dari bunga seindah ini,
tumbuh banyak sekali duri yang tajam? Tentu hal ini akan
menyulitkanku untuk merawatnya nanti. Setiap kali kurapikan, selalu
saja tanganku terluka. Selalu saja ada ada bahagian dari kulitku
yang tergores. Ah! Pekerjaan ini hanya membuatku sakit. Aku tak akan
membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri penganggu ini.”

Lama kelamaan, pemuda ini nampak enggan untuk memperhatikan mawar
miliknya. Ia mulai tak peduli. Mawar itu tak pernah disirami lagi
setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu
pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini
kelihatan merona sayu. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun
mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan
sempurna, bunga itu pun layu dan kering.

>>>
Teman, kisah tadi memang sudah selesai. Tapi, ada ada satu pesan
yang dapat kita raih didalamnya. Jiwa manusia, adalah juga seperti
kisah tadi. Di dalam setiap jiwa, selalu ada ‘mawar’ yang tertanam.
Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat. Tuhanlah yang
meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Layaknya taman- taman
berbunga, sesungguhnya di dalam jiwa kita, juga ada tunas mawar dan
duri yang akan merekah.

Namun sayang, banyak dari kita yang hanya melihat “duri” yang
tumbuh. Banyak dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita
yang akan berkembang. Kita sering menolak diri kita sendiri. Kita
kerap kecewa dengan diri kita dan tak mahu menerimanya. Kita
berfikir bahawa hanya hal-hal yang melukakan yang akan tumbuh dari
kita. Kita menolak untuk “menyirami” hal-hal baik yang sebenarnya
telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tak pernah
memahami potensi yang kita miliki.

Banyak orang yang tak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki
mawar yang indah di dalam jiwa. Banyak orang yang tak menyedari,
adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan
diri dan onak-onak kepesimisan dalam hati ini. Orang lain lah yang
kadang-kadang harus menunjukkannya.

Teman, jika kita dapat menemui “mawar-mawar” indah yang tumbuh dalam
jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita,
akan terpacu untuk membuatnya merekah, dan terus merekah hingga
berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan
berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan
memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat
kita berhasil untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu,
dan mengabaikan duri-duri yang muncul.

Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan
yang ditawarkannya, adalah layaknya ketenangan air telaga yang
menenangkan kegundahan hati. Mari, kita temui “mawar-mawar”
ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita.
Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri,
tapi janganlah itu membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan
kita akan tergores dan terluka, tapi janganlah itu membuat kita
bersedih nestapa.

Teman, biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan
kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaan-Nya. Biarkan tangkai-
tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik
yang dikandungnya menjadi bibit dan benih kebahagiaan baru bagimu.
Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan
biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa
mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-
bibit mawar cinta itu kepada setiap orang, dan menumbuh-
kembangkannya di dalam taman-taman hati kita

Posted by sYahEed at 10:27:15 | Permalink | Comments (2)

Wednesday, November 7, 2007

Surat Cinta Buat Hawa~

 

Surat Cinta Buat Seorang Hawa
 
Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan.
Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan.
Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang.
Tapi aku,terus kepiluan.
Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.
 
Kuterbang bebas dalam duniaku.
Ibarat Sang Helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur ,berani..
Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.
Lantaran tinggi nilaimu dihati lelaki
.Kuterbang setinggi-tingginya meredah awan nan indah tanpa ada tembok yang membataskan,
tanpa ada dinding yang menghalang.
Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.
 
Hawa…
Bukan kutewas dengan bayu nan kencang.
Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.
Namun, andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat..
kutidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku.
Berat  untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.
Kau tahu Hawa,aku jadi derita..
 
Hawa..
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.
Ku bawamu bersama dalam kepayahan.
Kau memarahiku kerana egoku.
Kau leteri semahumu.
Tanpa kau dengari kalamku.
Andainya hilang ego lelaki,
maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan,
kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan.
 
Namun tatkala egoku menjadi egoisme,maka di situ aku perlukan teguran.
Terbang di langit tanpa batasan,sering kuterbabas,hilang arah dan panduan.
Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar kutetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang.
Tapi tafakurku sejenak di pepohonan…
 
Hawa…
Kau diciptakan indah,
bukan daripada kepala untuk disanjungi dan dipuja,
bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.
Tapi daripada rusukku ,
dekat dengan dadaku untuk dilindungi,
dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai.
 
Hawa…
Dulu kuperlukanmu sebagai teman berbudi.
Menemani tugas beratku sebagai khalifah dibumi.
Kaulah cermin yang senantiasa memuhasabah diri.
Tapi kini,keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti..
Kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.
 
Kaumku kekaburan,kaumku kesilauan.
Matanya bertelanjang.
Hatinya lemas ditelan keasyikan.
Ah, memang kaumku suka mengambil kesempatan!. .
Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran?
Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu?
 
Tidakkah kau tahu,tubuh montokmu  itu menjadi hidangan enak buat mata,
tetapi racun pada jiwa
bisa terhumban ke neraka kerananya.
Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda.
Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahkan iman.
 
Oh Hawa..
Aku rindukan Hawa yang dahulu.
Malu,terjaga, terpelihara…
 
Hawa…
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.
Lantaran itu,kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam dikaki..
bukan juga mengugut dengan paruh berbisa..
Tapi supaya direnung bersama.
Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.
 
Dengarlah bisikan kasihku,
sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu.
Sesuci Maryam,
Seteguh Asiah,
Setulus Khadijah,
Setabah Fatimah..
 
Hawa..
Namamu indah,biarpun dimana,disegenap jiwa.
Kaulah ibu,terukir kasih di paparan dada.
Kaulah kekasih,dirindui saban ketika.
Kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata.
Kaulah adik,pemberi semangat paling berguna.
Kaulah mukminah,terukir indah disetiap dada.
 
Ketahuilah Hawa,
Kau kupuja..
Kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja.
Kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dengan terjaga.
Kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara.
Kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora.
Kerana kau adalah hiasan paling indah dari dunia seisinya.
 
Maka,kudatang padamu Hawa…
Membawa ubat dengan penuh cinta.
Ubatilah dirimu..
Agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam.
Dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap.
Agar bukan sahaja kudapat menongkah angin nan kencang.
Bahkan sayapku kibar penuh bangga
Mencipta angin.
 
Ketahuilah wahai insan yang bergelar Hawa..
-Adam-
Posted by sYahEed at 15:22:14 | Permalink | Comments (1) »

Tuesday, November 6, 2007

Perkara “Manfaat”~

Daripada Ber’couple’:

1) seronok (dpt fitnah)

2) seronok (dpt dosa)

3) seronok (dpt geng dgn syaitan)

4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan
ada)

5 ) byk habis duit (lebih baik guna utk
sedekah) , tak kurang juga yg habiskan
duit beli prepaid dan bayar bil
telefon yg melambung..

6 ) byk risau (takut awek kita org lain
kebas.. berapa kali dah miss solat
pasal dok asyik berdating tak pulak
risau..)

7)byk termenung dan senyum sendiri
(pasal ingat peristiwa riang dgn
awek.. kita sbg muslim patutnya byk
mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2
masa..)

8) lebih mengutamakan awek drpd org
lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan
awek dia.. lain dah tak kisah..)

9) menepati masa dan janji (takut awek
marah/sakit hati.. solat fardhu lewat
tak takut pulak… )

10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm
menambah saham DOSA drpd PAHALA..

hasil drpd
pengalaman/p emerhatian/analisa/ kajian
saya terdapat beberapa sebab yg
menyebabkan PENDORONG mengapa
ber’couple’ terjadi;

1) byk sek./pusat pengajian i.e.
perempuan dan lelaki satu kelas tanpa
ada usaha drpd pihak yg
bertanggungjaw ab utk mengawal
pencampuran ini supaya tidak
bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan
maka didapati ada pendapat (tak tahu
le dalil mana dia guna) mengatakan tak
apa ber’couple’ asalkan tak melanggar
batas2 syarak.. nauzubillah. . pd
pendapat mereka keluar buat date kat
khalayak ramai, bukannya berduaan di
tempat sunyi tak pegang tangan, jln
pun tak rapat2 dan si awek tu pula
pakai tudung… so tak pe la.. dosa
pun sikit jer.. nanti dah kahwin
settle dan taubat le.. saya bab ni yg
payah nak jawab.. ada je alasan dia
org utk melepaskan diri. org kata kalu
dah nak buat tu memang mcm2 helah.
kita nasihat kot sini dia corner kot
lain. byk bersabar aje le dan teruskan
usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar
le..

3) sudah menjadi naluru manusia ingin
dibelai dan dikasih, maka sebab itu
Allah jadikan lelaki dan perempuan ada
tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil
drpd didikan/pentarbiyah a n islam yg
tidak kukuh dr keluarga menyebabkan
attra ction between the charge can’t be
control to act in a much more
appropriate manner.. maka terjadinya
perhub ungan (kawan2) sblm ada ikatan
yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn
selamba kata “tak pe le.. dia org dah
besor.. dah remaja, dah pandai fikir
mana baik dan yg buruk .. bior le” .
betul juga kata ibu bapa tersebut,
patutny a kita dah besor, tahu le
menilai yg mana baik dan buruk.. tapi
tanggungjawa b kedua ibubapa mendidik
anak pun tak boleh diabaikan…

4) bertambahnya perempuan yg tidak
menutup aurat, kalau tutup aurat pun
aurat lain tak dijaga i.e. cara
bergaul, bercakap.. maka ini membuka
ruang pd lelaki2 utk memulakan projek
mereka.. tak percaya pergi lepak
(bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak
dgt tujuan utk mengambil iktibar..)
kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh
jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi
bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah
lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan
pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi..
ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani..
berani menghadapi cabaran utk jadi
setanding dgn lelaki maka mereka pun
goda le lelaki so dpt byk boyfriend..
mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk
dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada
awek, kalau tak ada awek maka mcm ada
satu kekosongan dlm jiwa … lebih2 lg
kalau tgk member2 lain dia ada awek.
faktor sekeliling memperngaruhu
sua sana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki
lain yg dia tu pakar dlm bab
tackle/meng’ayat’ awek .. lelaki ni
biasa le EGO.. ego tak kena tempat…

8) haaa… ni paling memalukan kaum
lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN
so dia pun naik semangat kacau awek.
mula2 perasan yg awek tu minat kat dia
(padahal tak minat pun), end up awek
tu minat betul2.. ye le dah usaha
sikit punya susah nak
meng’ayat’/meng’tackle’, awek tu pun
accept le mat tu. ada juga awek yg
manja (dah memang fitrah wanita
begitu) sikit bila nak minta tolong
maka lelaki akan terperasan yg awek tu
minat kat dia maka akan try
meng’ayat’. maka dianjurkan pd kaum
hawa agar tidak menonjolkan sifat
kemanjaan anda pada tempat yg tak
kena. pd kaum adam pula, jgn le dok
perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8…
perempuan cepat sangat kesian bila tgk
lelaki bersusah-payah utk dia. tolong
nie tolong tu, tolong buat assingment
ke sbg contoh. bila lelaki yg dok
tolong tu ‘ayat’ sikit jer dgn mudah
perempuan tersebut termakan kata2
manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu
pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm
tu…

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif
pasal mereka (lelaki) ber’awek’
disebab kan niat mereka cukup ikhlas
dan jujur. tujuannya ialah utk kenal
antara satu sama lain dan memahami
satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam
ke sebelum berjanji utk hidup
semati…
alhamdulillah niat bagus… tapi niat
tak boleh menghalalkan cara, yg haram
akan tetap haram, sbgmana hadis
Rasulullah yg bermaksud:

Drpd Abu Abdullah Al-Nu’man bin Basyir
ra : sabda Rasulullah
S.A.W “sesungguhnya yg halal itu nyata
dan yg haram itu pun nyata dan di
antara keduanya ada perkara yg
kesamaran, yg tidak diketahui oleh
kebykkan manusia, maka brgsiapa yg
memelihara (dirinya dr) segala yg
kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan
bgnya agamanya dan kehormatannya. .. “
(Mutfaq’alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar)
antara kaum adam dan hawa itu salah
melainkan ditemani mahramnya… .

2-cintailah pasangan anda kerana Allah
dgn cinta yang berlandaskan keimanan
dan bukannya kerana hawa nafsu…

Nauz ubillahi min zalik…
Wallahu’ alam… .

~WaNiTa HiaSaN DuNia, SeiNDaH HiaSaN
aDaLaH WaNiTa SoLeHaH~
::jaga diri hiasi peribadi::

Posted by sYahEed at 15:26:17 | Permalink | Comments (2)

Wednesday, October 10, 2007

Perempuan~

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa
mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari
walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di
syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan
mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak
meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-
bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka
dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan
dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka
semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka
semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan
masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah
suisnya.

Akal sehalus rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca,
kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan
akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak
nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati
mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun
perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga
mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan
diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana
rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki
waja : negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak
akan lahir ’superman’ tanpa ’superwoman’ .

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak
menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak
boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan
yang dirosakkan oleh lelaki. Perempuan sungguh mudah menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita
tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,
apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah
kehilangan ’secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami
kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk
patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula
jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan
sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu
kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya
dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Saidatina Fatimah,
kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

Wallahualam. …

Posted by sYahEed at 11:50:08 | Permalink | Comments (2)

Saturday, October 6, 2007

mEh hILaNgKaN stReSs~

kalau dah stress atau mengantuk sangat kat opis

amik masa 5 minit untuk buat

senaman ringan ini..

 

ikut la arahan betul2…

 

 

ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..

 

 

tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..

 

 

wa..wa.. aaa

 

gerak kekanan kemudian ke kiri..

 

 

gerak ke kiri kemudian ke kanan

 

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

 

 

tepuk kuat kuat kat dahi..

ni untuk hilang mengantuk..

 

dah tu buat gerakan tangan dan badan…

buat macam happy aje..

 

 

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…

buat macam takde masaalah…

 

 

buat secara aggresive  pula…

jangan peduli apa orang lain kata..

 

 

hilangkan semua stress…

 

pusingkan kepala…

 

 

tengok muka kat cermin

sambil goyang2.. lawa tak…

 

 

akhir sekali

buat joget kucing…


Posted by sYahEed at 02:16:02 | Permalink | Comments (1) »