Monday, October 31, 2005

10 wasiat Asy- Syahid imam hasan al-banna….

 - apabila mendengar azan, bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

 - bacalah al-quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara2 yang baik atau amalkanlah zikrullah dan jgnlah membuang masa walau sedikit dgn perkara yg x berfaedah.

 - berusahalah sedaya upaya bertutur dalam bahasa arab yg betul kerana itu adalah syi’ar ISLAM.

- jgnlah banyak bertengkar dlm apa jua perkara sekalipun krn pertengkaran yg kososng itu x memberi apa2 kebaikkan.

 - jgnlah banyak ketawa krn hati yg sentiasa berhubung dgn ALLAH jiwanya akan tenang dan tenteram.

 - jgnlah banyak bergurau krn umat yg sedang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh2 dlm sesuatu kebaikkan.

 - jgnlah bercakap lebih nyaring dari yg dikehendaki oleh pendengar krn itu adalah sia2 malah menyakitkan hati org lain.

 - jauhilah dari mengumpat hal peribadi org lain, mengecam pertubuhan2 dan jgnlah bercakap melainkan perkara2 yg boleh memberi kebaikkan.

 - berkenalanlah dgn saudara seISLAM yg ditemui meskipun ianya tidak minat berkenalan.

 - kewajipan kita lebih banyak dari masa yg kita ader, tolonglah saudaramu ttg cara hendak menggunakan masa dgb berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah pelaksanaannya.

Posted by sYahEed at 15:11:10 | Permalink | No Comments »

tafakur……….

  diriwayatkan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w sedang berjalan ke masjid, baginda ternampak syaitan berdiri di depan pimtu masjid tersebut sambil matanya terjengil memerhatikan sesuatu. Bertanya nabi s.a.w ” Hai iblis! Apa yang sedang engkau lakukan??” lalu syaitan menjawab ” sebenarnyaaku mahu masuk ke dalam untuk mengganggu solat pemuda itu, tapi aku takut pada orang yg sedang tidur berhampiran dengannya”. Rasulullah s.a.w terus bertanya “Hai iblis! mengapa engkau tidak takut kepada orang yang bersembahyang?? sedangkan dia dalam keadaan beribadah serta bermunajat kepada-NYA. Tetapi orang itu tidur, tentunya dalam keadaan lalai, mengapa pula engkau takut??”. Syaitan terus menjawab “sebenarnya orang sembahyang itu orang jahil, jadi cukup mudah bagiku mengganggunya. Sedangkan orang yang tidur itu alim. Aku bimbang kalau-kalau dia terbangun membetulkan kesilapan pemuda itu, ataupunmemberitahu perkara yg merosakkan sembahyangnya”. Peristiwa ini dapat memberi renungan kepada kita tentang pentingnya ilmu dalam menjalani ibadah. Lantaran itu Rasulullah bersabda :Tidur orang alim adalah lebih baik daripada ibadah orang jahil”. Dalam menuntut ilmu, rintangan harus ditempuhidan disiplin ilmu mesti dipatuhi. Imam Asy-syafi’e pernah mengadu tentang kesukaran menghafaz. Jawab gurunya, “hendaklah kamu tinggalkan maksiat ……. hendaklah kamu tinggalkan maksiat…..”. Rasulullah juga memberi panduan bagaimana untuk menjaga disiplin ilmu, agar menjadi pelajar beradab serta mampu menyelami falsafah dan beramal dengannya. Sabda baginda yang bermaksud, ” Barangsiapa yang ingin mudah mengingati ilmu yang dipelajarinya, maka wajar baginya menzalimi 5 perkara:

 - mendirikan semabahyang malam qiamullail meskipun hanya 2 rakaat.

 - sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

 - sentiasa bertaqwa kepada ALLAH samada dikhalayak ramai atau seorg diri.

 - mengambil makanan sekadar untuk beribadah untuk menguatkan diri beribadah kepada ALLAH.

 - sentiasa membersihkan mulut.                                    

Posted by sYahEed at 14:54:24 | Permalink | No Comments »

Saturday, October 29, 2005

yurihwa

 

CHINGU - lee dong gun
Please credit http://members.aol.com/kpoplyrics and horo_horo.

paramanpwado nuni posyosston. Noui ke nunpij naneun kiokhae. Aju kitarin sagani heulrokassjiman.
Otchom irohke hanado pyonham opsnenji.tugeun korineun nae maeum non algo isseulkka.
Amuron maldo moshago usgiman hanen no. ojik nomaneul kanjolhi ke seworeul. otton insado osaekhagossji. 
Ke mankeum urin koporingolkka.uri hamkke hank e shijak torapomyonso.
nodu kakkeumeun nae saenggakhae chuissnenji. Shijakhal suman isstamyon olman choheulkka. 
Hanado namgiji anhgo mosu da choltendo. Keuttaen nomuna olyonsohae chulsu opssosston.
Noreul wihae chunpihae on nae sarangeul 
Sesange taeona choeum saranghaesston. Areumtaun sonyoreul nan kiokhae.
Otton moseupeulro otton saranguelro sarawasstongoni.shijakhal suman isstamyon olmana choheulkka. 
Hanado namgiji anhgo mosu da choltende. Keuttaen nomuna olyonso haechulsu opssosston.
Noreul wihae chunpihae on nae sarangeul 

Posted by sYahEed at 10:12:37 | Permalink | No Comments »

once in my life - jong in ho

 

Yurihwa (Stained Glass) OST 
Please credit http://members.aol.com/kpoplyrics and horo_horo.

shijakhaeson andoel sarang Nomu chal aljiman Noui I tuson noheul su opsnen
Ije sarangikossji Haru ranen shijak soge Noreul chaeugo tto chaeugo tolasodo nado moreuge noui ireumuel polro
Charari noreul mosrasstamyon paeujin anheul tende nuneul tto chamdeul ke sungan kkaji
Himteulji anhado toeltende hajiman noreul ara porin na sanen dongane
Dupon tashi noreul ilhgoso.ulji anheul koya Hana kokchongin choseun
Naui haengbok wihae nol apeuge hanen kos yogsukhae chulge keuron il opseul koya 
*chorus* charari noreul molrass tamyon apeujin anheul tende Nuneul tto chamdeun ke sungan kkaji
Himteulji anhado toeltende hajiman noreul ara porin na saneun tongane do
pon tashi noreul ilhgoso ulji anheul koya sejyoganen parami naege aegi hane ilsaengeton hanboni sarangi bo hana ppunirago 
* Repeat 
nuneul tto chamdeun ke sungan kkaji himteulji anhadotoeltende
hajiman noreul ara poirn na saneun tongane do pon tashi noreul ilhgosoulji anheul koya Oooh, once in my life

Posted by sYahEed at 10:08:06 | Permalink | No Comments »

kisah doa imam besar imam mekkah yang dimakbulkan ALLAH s.w.t

   Doa Imam besar Mekah hingga menangis… Beliau
telah ditangkap selepas selesai doa tersebut …
semuga ALLAH menetapkan Imannya…dan
sama-samalah kita meng AMIN kannya, InshaALLAH.
Terjemahan dari Webmaster WebLadang

[Masa 0:00] Ya Allah, Yang memiliki segala
Keagongan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha
Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang
Maha Tinggi.

Kami memohon Keagongan dan Kekuasaan-Mu. Dan
kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada
jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah disebelah mereka
dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan; dan
perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan
wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka,
dan teguhkanlah kata-kata mereka, Dan Ya Allah,
cekalkanlah hati-hati mereka.

[0:33] Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh
mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka,
hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah
kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam
hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan
urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan
keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu,
Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami,
dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan
hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang
kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman
“Faajirin”, Dan kemarahan mereka yang dikhianati
oleh penjenayah.

[1:30] Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu
tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan
penindas telah dipanjangkan, Ya Allah,
kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya
Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan
lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan,
(lagi) Ya Allah, kegelapan penindas
telah dipanjangkan. Dendam golongan atheis telah
berterusan jauh.

[2:00] Dan … Pemimpin penjenayah Ya Allah,
(berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka
tangan-tangan kebenaran … Untuk mengangkat dengannya
penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu
penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami
dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau
uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau
uruslah
sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan
Kekuasaan-Mu menentang Amerika
Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan
kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran
dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka,
Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

[3:02] Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka
menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari
tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya
Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka,
(lagi) Ya Allah, Kirimkan
kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan
kepada mereka ribut kaum ‘Aad, dan tangisan kaum
Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan
kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan
dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau
pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah
negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya
Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau
tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu,
(lagi) Engkau tundukkanlah
mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah,
Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

[4:11] (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan
melanda mereka berterusan.
(berhenti 30 saat)

[4:40] Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami
yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah,
berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah,
Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah
segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah
orang-orang yang menyiksa mereka.

[5:01] (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang
menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan
kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu, Ya Allah, jadikanlah
perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada
kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai
kelicikan terhadap
mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha
Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan
Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala do’a, Yang
terdekat, untuk menerima do’a, Kami berdo’a kepada-Mu,
menyedari janji-janji-Mu, dan penerimaan-Mu.

Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu
adalah benar: “Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima
permintaanmu”, Ya Allah, terimalah do’a kami, (lagi)
Ya Allah, terimalah do’a kami, Ya Allah, Yang Maha
Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas
segala yang ada di langit dan bumi,

[6:00] Kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa
daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan
al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya
Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan
hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami
dalam membebaskan Aqsa,
dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha
besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk
merendah diri kepada-Mu, patuh, … Ya Allah,
Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi
kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang
Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan
umat Islam. Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha
Berkuasa, Ya Allah,
lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi)
lindungilah para ulama yang berkerja keras,

[7:01] Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru
manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka
yang menyeru kepada yang
ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan
anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam
yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang
Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha
Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk
menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan
kehormatan
mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan
mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah,
jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya
Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah
kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka
kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada
kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.
[7:57]“

Posted by sYahEed at 03:42:02 | Permalink | No Comments »

ingin mati dalam keadaan baik???

 ALAMAT mati dalam Husnulghathimah (Keadaan baik)

1.. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

2.. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:”Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan kelaurnya peluh didahi”, Riwayat oleh Ahamd dan Termidzi.

3.. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah “Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

4.. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

5.. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:

1.. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya disyurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).

2.. Diselamatkan dari seksa kubur.

3.. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.

4.. Diperhiasi dengan iman.

5.. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).

6.. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya.

Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.

6.. Mati kerana melhirkan anak.

7.. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, “taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin”. (Hendakalh ia sabar dan redha menganggungnya).

Riwayat oleh Muslim.

8.. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah, Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid”.

Riwayat oleh Muslim.

9.. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.

10.. Mati terbakar. Riwayat Tabrani.

11.. Mati dalam nifas. Riwayat At Tabrani.

12.. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah, “orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid. Riwayat Tabrani.

13.. Mati akibat luka perang du jalan Allah. Sabda Rasulullah”Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka beerti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga”. Riwayat Daud.

14.. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bokhari.

15.. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah “Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid. Riwayat Abu Daud.

16.. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang dijalan Allah.

17.. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) dimasjid atau sedang berdakwah.

18.. Berkata Abu Laith, “Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalakan 4 perkara:

1.. Mejaga sembahyang 5 waktu.
2.. Banyak bersedekah.
3.. Banyak membaca Al Quran.
4.. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:

1.. Meninggalkan dusta.
2.. Meninggalakan sifat khianat.
3.. Meninggalkan sifat mengadu - domba.
4.. Mejaga Kencing.

Posted by sYahEed at 03:39:13 | Permalink | No Comments »

  

HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH & AYAT-AYAT ALQURAN

 

Assalamualaikum………

Buat sesiapa yang merasakan ada penyakit mazmumah dalam badan.

(1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)


Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)


Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)


Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.


Dan tersebut dalam hadith yang lain:


Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.


Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:


Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)


Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)


Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)


Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.


(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)


Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.


( 8) SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)


Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


(9) SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)


Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


(10 ) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)


Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

 

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-Taubah) (Pemutus Perhubungan)

Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.


(12) SURAH YUNUS (Yunus)


Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


(13) SURAH AL-HUD (Hud)


Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.


(14) SURAH YUSUF (Yusuf)


Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA’D (Petir)


Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)


Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.


(17) SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)


Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


(1 8) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)


Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


(19) SURAH AL-KAHF (Gua)


Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.


(20 ) SURAH MARYAM (Maryam)


Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)


Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.


(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)


Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


(23) SURAH AL-HAJ (Haji)


Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)


Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.


(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)


Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)


Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


(27) SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)


Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


(2 8) SURAH AN-NAML (Semut)


Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.


(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)


Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.


(30 ) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)


Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.


(31) SURAH AR-RUM (Rum)


Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.


(32) SURAH LUQMAN (Luqman)


Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)


Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)

 
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


(35) SURAH SABA’ (Saba’)


Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)


Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)


Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin.”


Hadith yang lain mengatakan : “Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik..”


Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :”Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”

Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.”


Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.

Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.


Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.


Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.


Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.


Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.


Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.


(3 8) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)


Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)


Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

Wassalam………

Posted by sYahEed at 03:28:05 | Permalink | No Comments »

Friday, October 28, 2005

10 wasiat hassan al-banna………

  1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. … dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat… Juga di medan perang. Walaupun… Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan… Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita… Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan… Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita… Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah… mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat… apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana… Sabda Nabi s. a. w bermaksud : “Bertindak segeralah melakukan amal…” (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret… Tanpa haluan dan noktahnya..

__________________________________________________

Posted by sYahEed at 10:52:54 | Permalink | No Comments »

muhasabah diri………

    

Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri(melalui) mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan ‘MANIS’nya ujian itu.

Tentang tazkirah ini, rasanya ramai yang lebih berkelayakan dari saya untuk memberi tazkirah pada sahabat, cuma pada kali ini saya cuba memberi sekadar yang termampu buat sahabat sebagai panduan menjalani hidup di dunia ini. Kita kan insan yang selalu dalam kelalaian dan kealpaan. Insan ini perlu diingat-ingatkankan selalu agar senantiasa dalam jalan yang benar dan tidak menyimpang mengikut hawa nafsu yang sentiasa nak merosakkan jiwa manusia. Sahabat memperingatkan saya dan saya pula memperingatkan sahabat. Betulkan?

Sahabat saya, Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Jiwa sahabat adalah jiwa yang suci lagi murni jika teransang untuk mengubah diri dari segala kekotoran jiwa sebelum ini kepada jiwa yang putih laksana salju pada kedinginan musim sejuk. Adakah kita rasa ‘SENSITIF’ terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?

Tiap-tiap hari MUHASABAH/MENGHITUNG DIRI mesti berlaku. Kita menghisab/menghitung segala apa yang kita lakukan pada hari tersebut. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Cuma saya nak pesan pada sahabat tentang satu perkara penting yang perlu diberi perhatian! [Kita digalakkan agar JANGAN mengingati segala kebaikan yang kita telah buat seharian. Jangan selalu ingat dan ungkit-ungkit perkara kebaikan yang kita buat . Jangan! Kerana ingatan sedemikian itu akan melahirkan satu rasa yang negatif. Iaitu kita rasa yang kita sentiasa dalam kebaikan dan mungkin datang perasaan bangga bahawa kita ni baik dan berperibadi mulia. Ini lah bahaya nya. Lepas itu kita akan berkurangan melakukan kebaikan dan malas membuat kebajikan lagi. Berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Saya harap sahabat nampak dan jelas dengan penerangan yang ringkas ini.]

Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Kita mesti fikir tentang itu. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi’/praktikal berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperi biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu “BONUS’ dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai ‘bonus’ pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah ‘bonus’ itu kan !

Kesimpulan dari perkara ini ialah kita mesti berfikir akan kebaikan yang akan kita lakukan dan JANGAN sekali-kali kita fikir/ungkit-ungkit kebaikan yang telah kita lakukan !

Manakala perkara kejahatan pula wahai sahabatku, Kita tak payah susah-susah pikir/ungkit-ungkit kejahatan yang akan dilakukan. Siapa yang beranggapan seperti itu maksudnya hati itu kotor! Ya lah… Beranggapan yang negatif. Ingin membuat kejahatan.

Bagi muslim sebenar, kita kena renung dan pikir atau kita kena selalu ungkit-ungkit akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahwa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.
 

Posted by sYahEed at 10:50:51 | Permalink | No Comments »

siapa kita??

  

siapakah kita?? siapa… yaa..??

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur’an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur’an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Posted by sYahEed at 10:48:22 | Permalink | No Comments »