tEmAn.. [hmm??]

teman,
mengapa engkau sentiasa menjauh
daripada diriku
walaupun engkau sentiasa disisi
aku tetap merasakan engkau jauh
dari diriku.

teman,
aku masih ingat waktu dulu
apabila aku sedih
engkau dtg memberi semangat
apabila aku jatuh
engkau menolongku untuk bangun
apabila aku lalai
engkau datang memberi peringatan
apabila aku gembira
engkau juga dapat merasakannya.

kini teman,
fizikalmu berubah sama sekali
engkau juga sudah pandai beremosi
bagaimana ini boleh berlaku
ke atas dirimu?
berkongsilah denganku
duhai sahabat.

teman,
apakah makna teman
jika kita tidak berkongsi
suka dan duka
dan juga
tidak saling ingat mengingati.

teman,
ingatlah selalu
bahawa aku sentiasa berada
disisimu
untuk berkongsi segala-galanya.



HeArt~ [dush!]

duhai hati,
buangkanlah perasaan buruk dan teruk ini
tuanmu sudah tidak tahan
dengan memendamnya.

duhai hati,
hindarilah kamu daripada perasaan jahat
ini kerana
ia mungkin akan memakan
diri tuanmu sendiri.

duhai hati,
janganlah kamu mengikut hawa nafsu
apabila membuat sesuatu keputusan
tetapi
buatlah keputusan mengikut fikiran
akal waras tuanmu.

duhai hati,
apabila kamu berasa tidak tenang
arahkanlah tuanmu
supaya dia membaca kalam Penciptamu.

dan ingatlah duhai hati,
jangan sekali-kali
kamu menyimpan dendam dan benci
ini kerana
ia akan membinasakan diri tuanmu.

duhai hati,
menjauhlah kamu dari sesuatu
yang memberi kesakitan kepadamu
tetapi,
dekatilah kamu kepada sesuatu
yang memberi ketenangan kepadamu.