November 13, 2007 - Posted by sYahEed - 2 Comments

Suatu ketika dulu, ada seorang pemuda yang mempunyai tunas mawar. Ia
ingin sekali menanam mawar itu di kebun di belakang rumahnya.
Bergegas, disiapkannya pasu kecil tempat mawar itu akan tumbuh
berkembang. Dipilihnya pasu yang terbaik, dan diletakkan pasu itu di
sudut yang cukup mendapat sinar matahari. Ia berharap, tunas ini
dapat tumbuh dengan sempurna.
Disiraminya bibit mawar itu setiap hari. Dengan tekun, dirawatnya
pohon itu. Tak lupa, jika ada rumput yang mengganggu, segera
dicabutnya agar terhindar dari kekurangan makanan. Beberapa waktu
kemudian, mulailah tumbuh kuncup bunga itu. Kelopaknya nampak mulai
merekah, walau warnanya belum terlihat sempurna. Pemuda ini pun
gembira, kerja kerasnya mulai membuahkan hasil.
Diselidikinya bunga itu dengan hati-hati. Ia nampak hairan sebab
tumbuh pula duri-duri kecil yang menutupi tangkai-tangkainya. Ia
kesal mengapa duri-duri tajam itu muncul bersamaan dengan merekahnya
bunga yang indah ini. Tentu, duri-duri itu akan menganggu keindahan
mawar-mawar miliknya.
Sang pemuda berkata dalam hati, “Mengapa dari bunga seindah ini,
tumbuh banyak sekali duri yang tajam? Tentu hal ini akan
menyulitkanku untuk merawatnya nanti. Setiap kali kurapikan, selalu
saja tanganku terluka. Selalu saja ada ada bahagian dari kulitku
yang tergores. Ah! Pekerjaan ini hanya membuatku sakit. Aku tak akan
membiarkan tanganku berdarah kerana duri-duri penganggu ini.”
Lama kelamaan, pemuda ini nampak enggan untuk memperhatikan mawar
miliknya. Ia mulai tak peduli. Mawar itu tak pernah disirami lagi
setiap pagi dan petang. Dibiarkannya rumput-rumput yang menganggu
pertumbuhan mawar itu. Kelopaknya yang dahulu mulai merekah, kini
kelihatan merona sayu. Daun-daun yang tumbuh di setiap tangkai pun
mulai jatuh satu-persatu. Akhirnya, sebelum berkembang dengan
sempurna, bunga itu pun layu dan kering.
>>>
Teman, kisah tadi memang sudah selesai. Tapi, ada ada satu pesan
yang dapat kita raih didalamnya. Jiwa manusia, adalah juga seperti
kisah tadi. Di dalam setiap jiwa, selalu ada ‘mawar’ yang tertanam.
Tuhan yang menitipkannya kepada kita untuk dirawat. Tuhanlah yang
meletakkan kemuliaan itu di setiap kalbu kita. Layaknya taman- taman
berbunga, sesungguhnya di dalam jiwa kita, juga ada tunas mawar dan
duri yang akan merekah.
Namun sayang, banyak dari kita yang hanya melihat “duri” yang
tumbuh. Banyak dari kita yang hanya melihat sisi buruk dari kita
yang akan berkembang. Kita sering menolak diri kita sendiri. Kita
kerap kecewa dengan diri kita dan tak mahu menerimanya. Kita
berfikir bahawa hanya hal-hal yang melukakan yang akan tumbuh dari
kita. Kita menolak untuk “menyirami” hal-hal baik yang sebenarnya
telah ada. Dan akhirnya, kita kembali kecewa, kita tak pernah
memahami potensi yang kita miliki.
Banyak orang yang tak menyangka, mereka juga sebenarnya memiliki
mawar yang indah di dalam jiwa. Banyak orang yang tak menyedari,
adanya mawar itu. Kita, kerap disibukkan dengan duri-duri kelemahan
diri dan onak-onak kepesimisan dalam hati ini. Orang lain lah yang
kadang-kadang harus menunjukkannya.
Teman, jika kita dapat menemui “mawar-mawar” indah yang tumbuh dalam
jiwa itu, kita akan dapat mengabaikan duri-duri yang muncul. Kita,
akan terpacu untuk membuatnya merekah, dan terus merekah hingga
berpuluh-puluh tunas baru akan muncul. Pada setiap tunas itu, akan
berbuah tunas-tunas kebahagiaan, ketenangan, kedamaian, yang akan
memenuhi taman-taman jiwa kita. Kenikmatan yang terindah adalah saat
kita berhasil untuk menunjukkan diri kita tentang mawar-mawar itu,
dan mengabaikan duri-duri yang muncul.
Semerbak harumnya akan menghiasi hari-hari kita. Aroma keindahan
yang ditawarkannya, adalah layaknya ketenangan air telaga yang
menenangkan kegundahan hati. Mari, kita temui “mawar-mawar”
ketenangan, kebahagiaan, kedamaian itu dalam jiwa-jiwa kita.
Mungkin, ya, mungkin, kita akan juga berjumpa dengan onak dan duri,
tapi janganlah itu membuat kita berputus asa. Mungkin, tangan-tangan
kita akan tergores dan terluka, tapi janganlah itu membuat kita
bersedih nestapa.
Teman, biarkan mawar-mawar indah itu merekah dalam hatimu. Biarkan
kelopaknya memancarkan cahaya kemuliaan-Nya. Biarkan tangkai-
tangkainya memegang teguh harapan dan impianmu. Biarkan putik-putik
yang dikandungnya menjadi bibit dan benih kebahagiaan baru bagimu.
Sebarkan tunas-tunas itu kepada setiap orang yang kita temui, dan
biarkan mereka juga menemukan keindahan mawar-mawar lain dalam jiwa
mereka. Sampaikan salam-salam itu, agar kita dapat menuai bibit-
bibit mawar cinta itu kepada setiap orang, dan menumbuh-
kembangkannya di dalam taman-taman hati kita
November 7, 2007 - Posted by sYahEed - 1 Comment
Surat Cinta Buat Seorang Hawa
Cemburu kulihat Sang Pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan.
Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan.
Cemburu jua aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang.
Tapi aku,terus kepiluan.
Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.
Kuterbang bebas dalam duniaku.
Ibarat Sang Helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur ,berani..
Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.
Lantaran tinggi nilaimu dihati lelaki
.Kuterbang setinggi-tingginya meredah awan nan indah tanpa ada tembok yang membataskan,
tanpa ada dinding yang menghalang.
Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.
Hawa…
Bukan kutewas dengan bayu nan kencang.
Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.
Namun, andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat..
kutidak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku.
Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.
Kau tahu Hawa,aku jadi derita..
Hawa..
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.
Ku bawamu bersama dalam kepayahan.
Kau memarahiku kerana egoku.
Kau leteri semahumu.
Tanpa kau dengari kalamku.
Andainya hilang ego lelaki,
maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan,
kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan.
Namun tatkala egoku menjadi egoisme,maka di situ aku perlukan teguran.
Terbang di langit tanpa batasan,sering kuterbabas,hilang arah dan panduan.
Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan, agar kutetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang.
Tapi tafakurku sejenak di pepohonan…
Hawa…
Kau diciptakan indah,
bukan daripada kepala untuk disanjungi dan dipuja,
bukan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.
Tapi daripada rusukku ,
dekat dengan dadaku untuk dilindungi,
dekat pula dengan hati untuk disayangi dan dicintai.
Hawa…
Dulu kuperlukanmu sebagai teman berbudi.
Menemani tugas beratku sebagai khalifah dibumi.
Kaulah cermin yang senantiasa memuhasabah diri.
Tapi kini,keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti..
Kau tampil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.
Kaumku kekaburan,kaumku kesilauan.
Matanya bertelanjang.
Hatinya lemas ditelan keasyikan.
Ah, memang kaumku suka mengambil kesempatan!. .
Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran?
Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaianmu?
Tidakkah kau tahu,tubuh montokmu itu menjadi hidangan enak buat mata,
tetapi racun pada jiwa
bisa terhumban ke neraka kerananya.
Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda.
Air matamu untuk menipu daya dan panahan matamu untuk melemahkan iman.
Oh Hawa..
Aku rindukan Hawa yang dahulu.
Malu,terjaga, terpelihara…
Hawa…
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.
Lantaran itu,kudatang bukan untuk menunjuk cengkaman kuku tajam dikaki..
bukan juga mengugut dengan paruh berbisa..
Tapi supaya direnung bersama.
Bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.
Dengarlah bisikan kasihku,
sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu.
Sesuci Maryam,
Seteguh Asiah,
Setulus Khadijah,
Setabah Fatimah..
Hawa..
Namamu indah,biarpun dimana,disegenap jiwa.
Kaulah ibu,terukir kasih di paparan dada.
Kaulah kekasih,dirindui saban ketika.
Kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata.
Kaulah adik,pemberi semangat paling berguna.
Kaulah mukminah,terukir indah disetiap dada.
Ketahuilah Hawa,
Kau kupuja..
Kerana dari rahimmu melahirkan kaumku yang berhati waja.
Kerana ayunan lembut tanganmu membesarkanku dengan terjaga.
Kerana kewanitaanmu teman hidup tempat cintaku berbicara.
Kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora.
Kerana kau adalah hiasan paling indah dari dunia seisinya.
Maka,kudatang padamu Hawa…
Membawa ubat dengan penuh cinta.
Ubatilah dirimu..
Agar kudapat terbang menguasai angkasa dan alam.
Dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap.
Agar bukan sahaja kudapat menongkah angin nan kencang.
Bahkan sayapku kibar penuh bangga
Mencipta angin.
Ketahuilah wahai insan yang bergelar Hawa..
-Adam-
November 6, 2007 - Posted by sYahEed - 2 Comments
Daripada Ber’couple’:
1) seronok (dpt fitnah)
2) seronok (dpt dosa)
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan
ada)
5 ) byk habis duit (lebih baik guna utk
sedekah) , tak kurang juga yg habiskan
duit beli prepaid dan bayar bil
telefon yg melambung..
6 ) byk risau (takut awek kita org lain
kebas.. berapa kali dah miss solat
pasal dok asyik berdating tak pulak
risau..)
7)byk termenung dan senyum sendiri
(pasal ingat peristiwa riang dgn
awek.. kita sbg muslim patutnya byk
mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2
masa..)
lebih mengutamakan awek drpd org
lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan
awek dia.. lain dah tak kisah..)
9) menepati masa dan janji (takut awek
marah/sakit hati.. solat fardhu lewat
tak takut pulak… )
10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm
menambah saham DOSA drpd PAHALA..
hasil drpd
pengalaman/p emerhatian/analisa/ kajian
saya terdapat beberapa sebab yg
menyebabkan PENDORONG mengapa
ber’couple’ terjadi;
1) byk sek./pusat pengajian i.e.
perempuan dan lelaki satu kelas tanpa
ada usaha drpd pihak yg
bertanggungjaw ab utk mengawal
pencampuran ini supaya tidak
bercanggah dhn syarak.
2) perkara ini sudah jadi kebiasaan
maka didapati ada pendapat (tak tahu
le dalil mana dia guna) mengatakan tak
apa ber’couple’ asalkan tak melanggar
batas2 syarak.. nauzubillah. . pd
pendapat mereka keluar buat date kat
khalayak ramai, bukannya berduaan di
tempat sunyi tak pegang tangan, jln
pun tak rapat2 dan si awek tu pula
pakai tudung… so tak pe la.. dosa
pun sikit jer.. nanti dah kahwin
settle dan taubat le.. saya bab ni yg
payah nak jawab.. ada je alasan dia
org utk melepaskan diri. org kata kalu
dah nak buat tu memang mcm2 helah.
kita nasihat kot sini dia corner kot
lain. byk bersabar aje le dan teruskan
usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar
le..
3) sudah menjadi naluru manusia ingin
dibelai dan dikasih, maka sebab itu
Allah jadikan lelaki dan perempuan ada
tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil
drpd didikan/pentarbiyah a n islam yg
tidak kukuh dr keluarga menyebabkan
attra ction between the charge can’t be
control to act in a much more
appropriate manner.. maka terjadinya
perhub ungan (kawan2) sblm ada ikatan
yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn
selamba kata “tak pe le.. dia org dah
besor.. dah remaja, dah pandai fikir
mana baik dan yg buruk .. bior le” .
betul juga kata ibu bapa tersebut,
patutny a kita dah besor, tahu le
menilai yg mana baik dan buruk.. tapi
tanggungjawa b kedua ibubapa mendidik
anak pun tak boleh diabaikan…
4) bertambahnya perempuan yg tidak
menutup aurat, kalau tutup aurat pun
aurat lain tak dijaga i.e. cara
bergaul, bercakap.. maka ini membuka
ruang pd lelaki2 utk memulakan projek
mereka.. tak percaya pergi lepak
(bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak
dgt tujuan utk mengambil iktibar..)
kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh
jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi
bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah
lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan
pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi..
ada chance ni..
5) ramai perempuan semakin berani..
berani menghadapi cabaran utk jadi
setanding dgn lelaki maka mereka pun
goda le lelaki so dpt byk boyfriend..
mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk
dpt awek..
6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada
awek, kalau tak ada awek maka mcm ada
satu kekosongan dlm jiwa … lebih2 lg
kalau tgk member2 lain dia ada awek.
faktor sekeliling memperngaruhu
sua sana.
7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki
lain yg dia tu pakar dlm bab
tackle/meng’ayat’ awek .. lelaki ni
biasa le EGO.. ego tak kena tempat…
haaa… ni paling memalukan kaum
lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN
so dia pun naik semangat kacau awek.
mula2 perasan yg awek tu minat kat dia
(padahal tak minat pun), end up awek
tu minat betul2.. ye le dah usaha
sikit punya susah nak
meng’ayat’/meng’tackle’, awek tu pun
accept le mat tu. ada juga awek yg
manja (dah memang fitrah wanita
begitu) sikit bila nak minta tolong
maka lelaki akan terperasan yg awek tu
minat kat dia maka akan try
meng’ayat’. maka dianjurkan pd kaum
hawa agar tidak menonjolkan sifat
kemanjaan anda pada tempat yg tak
kena. pd kaum adam pula, jgn le dok
perasan cepat sgt..
9) ada kaitan dgn fakta ke-8…
perempuan cepat sangat kesian bila tgk
lelaki bersusah-payah utk dia. tolong
nie tolong tu, tolong buat assingment
ke sbg contoh. bila lelaki yg dok
tolong tu ‘ayat’ sikit jer dgn mudah
perempuan tersebut termakan kata2
manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu
pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm
tu…
10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif
pasal mereka (lelaki) ber’awek’
disebab kan niat mereka cukup ikhlas
dan jujur. tujuannya ialah utk kenal
antara satu sama lain dan memahami
satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam
ke sebelum berjanji utk hidup
semati…
alhamdulillah niat bagus… tapi niat
tak boleh menghalalkan cara, yg haram
akan tetap haram, sbgmana hadis
Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Nu’man bin Basyir
ra : sabda Rasulullah
S.A.W “sesungguhnya yg halal itu nyata
dan yg haram itu pun nyata dan di
antara keduanya ada perkara yg
kesamaran, yg tidak diketahui oleh
kebykkan manusia, maka brgsiapa yg
memelihara (dirinya dr) segala yg
kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan
bgnya agamanya dan kehormatannya. .. “
(Mutfaq’alaih)
1-sesunguhnya perjumpaan (keluar)
antara kaum adam dan hawa itu salah
melainkan ditemani mahramnya… .
2-cintailah pasangan anda kerana Allah
dgn cinta yang berlandaskan keimanan
dan bukannya kerana hawa nafsu…
Nauz ubillahi min zalik…
Wallahu’ alam… .
~WaNiTa HiaSaN DuNia, SeiNDaH HiaSaN
aDaLaH WaNiTa SoLeHaH~
::jaga diri hiasi peribadi::