Tuesday, December 9, 2008

Bertunang dgn KEMATIAN

“Saya telah bertunang. saya telah bertunang dengan KEMATIAN. Dan saya tidak tahu bila si dia akan mengahwini saya”.

Kehidupan berlangsung tanpa disedari dari detik ke detik. Apakah kita tidak menyedari bahawa hari-hari yang kita telah lewati makin menghampirkan kita pada kematian seperti orang lain ? Makin meningkat umur kita, makin singkat usia kita.

 

Saya teringat satu ayat alQuran yang bermaksud, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan  mati. Kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan”. (QS 29:57). Maknanya, tiap-tiap manusia yang hidup akan menghadapi kematian jua, setiap orang !

 

Cuba kita renungkan seorang bayi yang baru lahir dan seorang yang sedang menghadapi sakaratul maut, kedua-dua mereka tidak punyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah yang berkuasa untuk memberi nafas atau untuk mengambilnya kembali.

 

Bilamana sampai saat seseorang itu ingin meninggal, maka dia tidak boleh untuk mempercepat atau melambatkan kematiannya walau sesaat atau kadar lebih cepat dari itu. Allah menjelaskan dalam alQuran, “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahiu yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS, 62:8)

 

Kebanyakan manusia ingin mengelakkan dari berfikir tentang kematian. Mereka menyibukkan diri mereka dengan hal-hal keduniaan seperti : apa yang mereka mahu makan hari ini, baju apa yang perlu dipakai untuk majlis makan, apa rancangan televisyen yang menarik waktu malam dan sebagainya. Mereka berasa tidak nyaman bila berbicara tentang kematian. Ramai juga yang beranggapan bahawa kematian akan menyambut mereka setelah mereka tua. Ahh dungu !

 

Tidak ada seorang pun yang tahu mereka akan mati bila. Siapa sangka malaikat maut sedang meleretkan matanya ke arah anda sekarang ! Anda tidak boleh menjamin bahawa anda akan hidup dalam sejam berikutnya. Bahkan siapa sangka anda akan mati dalam keadaan yang macamana. Mungkin dalam keadaan yang berlumuran darah, pecah kepala, mati dalam kemalangan, husnul khotimah (insyaAllah) dan sebagainya. Bahkan mungkin saja, orang yang meninggal dalam perjalanannya ke sekolah atau terburu-buru untuk menghadiri rapat umum di pejabatnya juga berpikiran serupa. Tidak pernah terfikirkan bahawa esok hari akan memberitakan kematian mereka. Sangat mungkin, selagi anda membaca artikel ini, anda berharap untuk tidak meninggal setelah anda selesai membacanya atau bahkan kemungkinan tersebut terjadi. Mungkin anda merasa bahawa saat ini belum waktunya mati karena masih banyak hal-hal yang harus diselesaikan. Namun demikian, hal ini hanyalah alasan untuk menghindari kematian dan usaha-usaha seperti ini hanyalah hal yang sia-sia untuk menghindarinya:

Katakanlah: “Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja.” (QS. 33:16)

 

Kita seringkali melihat orang lain mati dan diusung dalam keranda dan dibawa ke pusaran. Tetapi berama ramai antara kita yang memikirkan tentang ketika hari orang melihat kita mati dan mengusung kita ke pusaran ? Seseorang tidak dapat mengira bahawa kematian itu sedang menunggunya.

 

Manusia yang diciptakan seorang diri haruslah waspada bahwa ia juga akan mati seorang diri. Namun selama hidupnya, ia hampir selalu hidup untuk memenuhi segala keinginannya. Tujuan utamanya dalam hidup adalah untuk memenuhi hawa nafsunya. Namun, tidak seorang pun dapat membawa harta bendanya ke dalam kuburan. Jenazah dikuburkan hanya dengan dibungkus kain kafan yang dibuat dari bahan yang murah. Tubuh datang ke dunia ini seorang diri dan pergi darinya pun dengan cara yang sama. Modal yang dapat di bawa seseorang ketika mati hanyalah amal-amalnya saja.

Bertaubatlah wahai insan selagimana pintu taubat masih terbuka luas untukmu. Kesali dosa-dosamu yang telah kamu lakukan. Jangan nyawa sampai ke kerongkong baru mahu bertaubat. Kerana pada masa itu, pintu taubat telah tertutup buatmu.

Maafkan dosa-dosa yang telah aku lakukan pada kamu semua. Kiranya hayatku tercerai dari badan, aku mohon halalkan segala makan minumku.

Pesanan dari Sayap Tarbiyah Institusi Usrah Kampus Melaka.

“Usrah is the Nucleus of Da’wah”

Nik Muhammad Amin bin Nik Muhammad Kamil

Posted by sYahEed at 12:43:59 | Permalink | Comments (1) »

Jangan Merajuk Wahai Da’ie!

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai’e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa…

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi’. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan…

Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya


Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai’e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da’wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai’e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:


“Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
“Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya”

(Al-Furqan:56- 57)


Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:


“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”
(Al-Anbiyaa’ :87)


Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai’e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

“dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”
[3:139]

Inilah Dai’e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan…


sumber: bahantarbiyyah. info

Posted by sYahEed at 12:26:33 | Permalink | Comments (1) »